Fiqh Tarjih

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Tarjih adalah suatu cara yang biasa diaplikasikan tatkala berlakunya pertembungan antara hadis-hadis yang zahirnya kelihatan saling bercanggah antara satu sama lain.

Memahami hal ini amat penting kerana kemahiran mentarjih merupakan ilmu yang agung. Perbahasannya sangat halus sehingga membingungkan para ulama memahaminya apatah lagi menyingkap isi kandungannya.

Rentetan daripada itu, terdapat segelintir ulama yg tidak memahami hadis melainkan terjemahannya sahaja dan tidak menguasai sanad hadis melainkan hanya mampu menyampaikan sahaja.

Mereka menyangka hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sentiasa dimenangkan ke atas hadis-hadis yang lain. Ini merupakan salah faham yang berbahaya kerana ia tidak selaras dengan pengamalan para ulama silam.

Buku ini cuba mengupas kaedah-kaedah tarjih yang digunapakai oleh para ulama muktabar khususnya para imam mazhab yang hidup pada era kegemilangan Islam.