Hadis 40 Tentang Akhlak Nabi ﷺ

  • Sale
  • Regular price $8.00
Tax included.


Sungguh indahnya akhlak dan peribadi junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ sehingga orang yang mempunyai akal waras pasti akan tertarik dengan sikap yang ditunjukkan oleh Baginda ﷺ. Akhlak Nabi ﷺ ini adalah merupakan ajaran Islam yang sebenarnya.

Benarlah apa yang dituturkan oleh Sayyidatuna Aisyah RA apabila ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad ﷺ iaitu, "Akhlaknya adalah Al-Quran."

Biodata Ringkas Pengarang:
Beliau dilahirkan di Mekah Al-Mukarramah. Beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama, mengambil berat tentang adab dan akhlak.

Beliau belajar di sekolah Kerajaan sehingga mendapat Sijil Sanawi Am (Aliran Sains), kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Raja Saud (King Saud University) di Riyadh dalam Kuliah Perubatan.