Hizb al-Bahr: Tradisi dan Pengamalannya di Alam Melayu

  • Sale
  • Regular price $25.00
Tax included.


Buku ini adalah satu usaha untuk mengumpul maklumat berkaitan Hizb al-Bahr yang disusun oleh al-Imam Abu al-Hasan Ali ibn Abdillah al-Shadhili yang tertumpu kepada tradisi dan pengamalannya di Alam Melayu.

Maklumat yang cuba ditampilkan dalam buku ini adalah meliputi pengamalan, sanad dan pembudayaan Hizb al-Bahr di kalangan ulama Melayu serta keberadaannya dalam manuskrip-manuskrip serta kitab-kitab Jawi cetakan terdahulu.

Selain itu, perkara yang disentuh juga adalah berkaitan pengaruh Tariqat al-Shadhiliyyah di Alam Melayu yang melibatkan peranan alim ulama Melayu dalam menerapkan pengajaran tariqat ini.