Perkhabaran Agung

  • Sale
  • $25.00
  • Regular price $30.00
Tax included.


Akhirnya terbit terjemahan Bahasa Melayu untuk karya agung dan legenda ini, al-Naba' al-'Azim karangan al-'Allamah Sh. Muhammad 'Abd Allah Diraz rahimahullah (1894-1958), failasuf al-Quran dan pembaharu zaman. Pemikir besar ini menulis dalam bahasa Arab dan Perancis khususnya dalam topik al-Quran (tafsir dan pemikiran al-Quran), falsafah moral dan isu-isu pemikiran Islam. Dalam banyak karangannya, terdapat empat buah yang paling menonjol iaitu Dustur al-Akhlaq fi al-Quran, al-Naba' al-'Azim, al-Din, dan Madkhal Ila al-Quran al-Karim.

Menurut tokoh tafsir dan balaghah bumi Sham yang juga murid Diraz iaitu al-'Allamah Fadhl Hasan Abbas rahimahullah (1932-2011), Muhammad Diraz merupakan salah seorang tokoh penting dalam sumbangan terhadap ilmu al-Quran pada abad ke-20 dan buku al-Naba' al-'Azim ialah "antara buku terbaik dan paling mendalam dalam bab I'jaz al-Quran."

Disebabkan kehebatan itulah, Shaykhul Balaghiyyin Muhammad Abu Musa menyatakan bahawa "tidak patut bagi penyelidik dan pengkaji dalam bidang tafsir untuk mengabaikan buku ini."