Suluhan Falsafah Pada Mentafsirkan Surah Al-Fatihah

  • Sale
  • $25.00
  • Regular price $28.00
Tax included.


Kiyai Haji Ahmad Zuhri bin Mutammim ialah salah seorang daripada ulama terkemuka Singapura. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Jawa Timur pada tahun 1905, dan seterusnya menempuh alam pendidikan pada peringkat rendah dan menengah di Madrasah Tanwir al-Afkar di Belimbing, Lamongan, Jawa Timur dari tahun 1915 hingga 1922. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Perguruan Tinggi Islam di Surabaya dari tahun 1923 hingga 1930. Setelah itu, beliau datang ke Singapura pada tahun 1930 untuk belajar bahasa Melayu serta Inggeris, dalam masa yang sama menyebarkan ilmu pengetahuan agama Islam. Beliau mengajar dan bersharah di masjid-masjid, surau- surau, kampung-kampung dan pondok-pondok di sekitar Singapura. Bermula pada tahun 1945 hingga 1960, beliau bertugas di Madrasah al-Saqqaf al-Arabiyyah' sebagai seorang guru sebelum dilantik menjadi guru besar pada tahun 1952.

Suluhan Falsafah Pada Mentafsirkan Surah Al-Fatihah ini merupakan kitab kedua karangan Kiyai Haji Ahmad Zuhri yang diterbitkan oleh Akademi Jawi Malaysia pada 2023, setelah al-Amin fi al-Arba'in min Ahadith Sayyid al-Mursalin yang selesai diusahakan pada tahun 2021.

Adapun kitab Suluhan Falsafah yang berada di tangan anda ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karangan Kiyai Haji Ahmad Zuhri. Kitab ini disebut oleh pengarang terdiri daripada lima kesemuanya, namun setakat yang diketahui hingga kini hanya penggal pertama hingga penggal ketiga sahaja yang dapat ditemui. Oleh itu, penerbitan baharu Suluhan Falsafah ini juga hanya memuatkan pertama hingga penggal ketiga sahaja.