Sunnah Atau Bidaah

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


"Amalan ini tak pernah dilakukan pada zaman Nabi, amalan ini bidaah. Setiap amalan yang bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat tempatnya di neraka seperti yg ditegaskan oleh Hadis Nabi..."

Begitulah bunyi kesimpulan yang sering didengari di mana-mana yang disuarakan oleh sebahagian orang yang digelar ulama kerana mereka dianggap sebagai orang yang memahami syariat. Kemudian suara ini dipanjang-panjangkan oleh orang-orang yang bertaqlid dengan mereka (walhal mereka sendiri mencela taqlid!)

Namun sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Adakah kenyataan itu selari dengan kefahaman para sahabat & tabiin serta disokong oleh pendapat para Salaf al-Salih? Ataupun ia semata-mata kefahaman dangkal sesetengah golongan yang tidak mengambil ilmu & fiqh melaluli rantaian (sanad) ilmu yang benar?

Buku ini bertujuan mendidik para pembaca tentang garis panduan untuk mengenal pasti ciri-ciri sunnah atau bidaah pada suatu perkara. Ini memudahkan pembaca untuk mengkategorikan apakah sesuatu amalan itu sunnah ataupun ianya merupakan amalan bidaah?