Kamus Istilah Fiqh Muamalat

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Buku ini merupakan sebuah kamus bagi istilah-istilah fiqh muamalat. Kebanyakan makna bagi istilah-istilah fiqh yang terdapat dalam kamus ini telah diambil daripada kitab-kitab turoth mazhab Syafie seperti Hasyiah al-Bajuri dan Syarah-syarah Minhaj ath-Tholibin.

Kamus ini amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mendalami kitab-kitab fiqh turoth baik dari kalangan pelajar, guru, pengamal perbankan Islam dan takaful mahupun orang awam yang ingin menceburi bidang muamalat Islam.

Antara keistimewaan kamus ini ialah:
- Menampilkan lebih daripada 300 entri istilah fiqh muamalat yang sering digunakan dalam kitab-kitab turoth mazhab Syafie.
- Susunan kamus ini adalah menurut bab-bab muamalat yang terdapat dalam kitab Minhaj ath-Tholibin. Ini memudahkan para pembaca untuk merujuk sesuatu istilah yang dikehendaki.
- Menyertakan kalimah banding dan sinonim bagi kalimah-kalimah berkaitan.