40 Hadis Kelebihan Beramal Soleh

  • Sale
  • Regular price $6.00
Tax included.


Tujuan penyusunan hadis-hadis dalam tajuk ini adalah untuk meningkatkan lagi semangat kita untuk melakukan amal soleh. Kerana Allah menyediakan bermacam-macam kelebihan. Dan apabila kita tahu kelebihan sesuatu amalan, sudah tentu ia lebih bermakna buat kita.

Ketika sedang menyusun kitab kecil ini, penyusun terjumpa karya al-Hafiz Dhiyauddin al-Maqdisi berjudul Fadhail al-Amal. Kitab itu sangat bermanfaat dan terkumpul di dalamnya sebanyak 778 buah hadis. Disebabkan kitab tersebut tebal, penyusun memilih hadis-hadis tertentu sahaja supaya mudah dimiliki oleh orang ramai.