40 Hadis Kelebihan Ilmu & Ulama

  • Sale
  • Regular price $7.00
Tax included.


Menghimpunkan empat puluh hadis yang membicarakan tentang kelebihan ilmu dan ketinggian darjat para ulama. Ia telah disusun dalam untaian yang sangat baik dan diterbitkan sejak puluhan tahun yang lalu dan telah mengalami ulang cetak beberapa kali dalam edisinya yang berbahasa Arab.

Kitab ini sering dibaca di permulaan tahun pengajian, sebagai pembuka tabir pengajian dan sekaligus mengingatkan akan kelebihan ilmu dan ketinggian martabat para ulama, dan juga memberikan perhatian supaya pelajar sentiasa rajin dan bersunguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu, dan mendorong mereka agar mengamalkan dengan ilmu yang telah diperolehi dan seterusnya menanamkan di lubuk hati mereka kesedaran yang tinggi dan jiwa yang besar untuk menyampaikan ilmu yang telah mereka amalkan itu.