40 Hadis Tentang Kanak-Kanak

  • Sale
  • Regular price $6.00
Tax included.


Perhatian kepada golongan kanak-kanak adalah penting kerana mereka yang akan mencorakkan rona kehidupan pada masa akan datang. Mereka merupakan aset dalam pembentukan dan pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Justeru, usaha memberi pendidikan dan tarbiah yang terbaik kepada mereka merupakan suatu tanggungjawab yang besar di bahu ibu bapa dan para pendidik secara umumnya.

Himpunan 40 buah hadis berkaitan kanak-kanak ini secara khusus bukanlah ditujukan kepada golongan kanak-kanak, tetapi yang lebih utama ia ditujukan kepada ibu bapa, guru dan mereka yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak agar dapat menjadi panduan dan pedoman untuk mendidik kanak-kanak menurut sunah Nabi dan para salafussoleh.