40 Hadith Jalan Ke Syurga

  • Sale
  • Regular price $7.00
Tax included.


Dunia diciptakan oleh Allah sebagai tempat beramal. Akhirat pula sebagai tempat menuai hasil dan mendapat pembalasan. Jika di dunia kita beramal soleh, maka kita akan dikurniakan syurga, iaitu tempat yang penuh ketenangan, kebahagiaan, keseronokan, kelazatan dan pelbagai nikmat lagi. Namun, jika di dunia melakukan maksiat dan tidak bertaubat, maka Allah sediakan neraka yang merupakan tempat penuh dengan kesengsaraan dan pelbagai siksaan yang dahsyat.

Untuk sampai ke neraka amat mudah kerana ia dihiasi dengan perkara-perkara yang bersesuaian dengan nafsu dan tidak perlu menjaga pantang-larang, halal dan haram, dosa dan pahala. Sementara untuk sampai ke syurga pula sangatlah susah. Di dunia perlulah taat dan mematuhi syariat Allah. Di akhirat pula semua yang ingin ke syurga mesti melintasi titian sirat yang dipasang di atas api neraka, dan ia lebih nipis dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang.