40 Hadith Menghalang Pendosa Dari Mencaci Orang Islam

  • Sale
  • Regular price $7.00
Tax included.


Ini adalah empat puluh hadith yang dipilih dari kitab-kitab Sahih dan Sunan berkenaan menghormati orang Islam dan larangan dari mencaci serta bersangka buruk terhadapnya dan larangan dari sengaja menzaliminya ketika berkawan dan di dalam keadaan bermusuhan.

Aku memilih hadith-hadith ini sebagai nasihat kepada sesiapa yang lancang lidahnya dan liar tangannya terhadap orang Islam, walaupun si penzalim ini adalah seorang yang cetek ilmunya, tidak lurus jalan hidupnya dan terdedah kepada kemurkaan Tuhannya. Dia terpedaya dengan kerahiman Tuhan dan dengan peluang demi peluang yang diberi olehNya untuk dia lebih giat mencemar maruah orang-orang Islam dan supaya dia dapat menimbunkan dengan lebih banyak intan permata (mereka yang telah dia rampas) dan menambah lagi bilangan maruah yang telah dia calari.

Moga-moga Allah menganugerahnya taufik untuk bertaubat dan kembali kepadanya dan seterusnya dapat mengikuti jejak langkan al-Salaf al-Salih dari kalangan para sahabat dan tabi'in.