Kitab kecil ini disusun bertujuan memudahkan rakan-rakan pembimbing ibadat haji dan umrah untuk berkongsi maklumat berkaitan keistimewaan bumi al-Haramain dan tempat-tempat ziarah sekitarnya. Kitab kecil ini tidak berbicara tentang hukum dan masalah berkaitan al-Manasik, kerana semua persoalan berkenaannya boleh dirujuk dalam kitab al-Idhoh karangan Imam al-Nawawi yang telah kita terjemahkan.
Saya sendiri yang turut terlibat sebagai pembimbing jemaah umrah (mutawwif) menyedari dan menginsafi betapa perlunya sebuah buku modul utuk dikongsikan maklumatnya kepada jemaah khususnya dalam program tazkirah dan ziarah. Amat menyedihkan, sebahagian mutawwif hanya membisu di tempat-tempat yang perlu diberikan keterangan. Dan yang lebih parah lagi, ada yang pandai berbicara dan bercerita tetapi dengan rekaan semata-mata. Menghamburkan maklumat palsu kepada jemaahnya.