Ar-Rahiq Al-Makhtum

  • Sale
  • $40.00
  • Regular price $60.00
Tax included.


Karya tentang sirah Nabi Muhammad SAW ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad SAW anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah SAW. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda SAW bersama umatnya dan alam dunia.