Kehebatan Rasulullah

  • Sale
  • Regular price $6.00
Tax included.


Saya merasa amat perlu didedahkan tentang keagungan akhlaknya, keindahan rupa paras dan tubuhnya serta kehandalan dan kehebatannya. Rasulullah SAW sendiri pernah bercerita kepada sahabatnya tentang sifat rasul-rasul sebelumnya. Baginda SAW memberi gambaran dan tamsilan yang jelas seolah-olah para sahabat sedang melihat nabi-nabi itu di depan mata mereka.

Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Pada malam Isra' dan Mikraj aku bertemu Nabi Isa AS. Dia berbadan sasa dan berkulit kemerah-merahan, seolah-olah dia baru sahaja keluar dari bilik mandi. Aku juga melihat Nabi Ibrahim AS dan aku dapati akulah yg paling mirip dengannya di kalangan anak cucunya."