Kelebihan Makkah, Madinah & Bait Al Maqdis

  • Sale
  • Regular price $75.00
Tax included.


Kitab berjudul Fadhail Makkah wa al-Sakni Fiha ini merupakan himpunan kelebihan tanah suci Makkah Mukarramah dan keistimewaan mendudukinya yang bersumberkan al-Quran, hadith dan athar. Ia antara karya terawal yang ditulis berkenaan kelebihan Makkah Mukarramah karangan al-Imam al-Hasan al-Basri yang wafat pada tahun 110H.

Makkah Mukarramah ialah seafdhal-afdhal tempat yang diciptakan Allah di permukaan bumi yang memiliki keistimewaan dan kemuliaan yang tidak terdapat di tempat-tempat lain.

Oleh itu, umat Islam mestilah berusaha untuk mengetahui kelebihan dan keistimewaannya bagi menyuburkan perasaan cinta dan rindu terhadap tanah suci ini sehingga kita tidak terepas peluang daripada merebut segala kelebihan yang dilimpahkan ke atasnya bagi mendekatkan diri kita kepada Allah.

==============================

Kitab berjudul Fadhail al-Madinah ini merupakan himpunan 78 hadith, khabar dan athar berkenaan kelebihan tanah suci Madinah Munawwarah karya seorang ulama salaf yang wafat tahun 308H iaitu Imam al-Mufadhdhal ibn Muhammad al-Janadi.

Madinah Munawwarah ialah tanah yang dikasihi Rasulullah ﷺ dan mendapat doa khusus Baginda ﷺ. Ia merupakan negeri hijrah dan syurga persemadian jasad Rasulullah ﷺ yang dinamakan Raudhah.

Madinah Munawwarah ialah markaz ilmu dan ma'rifah yang telah menyaksikan lakaran perjuangan, pengorbanan dan kejayaan dakwah Rasulullah ﷺ menyampaikan risalah tauhid kepada sekalian umat.

Sebagai umat yang mencintai Rasulullah ﷺ, mencintai Madinah Munawwarah perlu kepada usaha memperkayakan ilmu berkenaan kelebihan dan keunggulan tanah yang diberkati ini.

==============================

Kitab berjudul Fadhail Bait al-Maqdis ini merupakan himpunan 66 hadith berkaitan kelebihan Bait al-Maqdis himpunan salah seorang tokoh ulama Syam iaitu al-Imam al-Hafiz Dhiya' al-Din Muhammad ibn Abdul Wahid al-Maqdisi.

Pengarang kitab ini bukan sekadar alim dalam pelbagai arena keilmuan, bahkan merupakan salah seorang pejuang yang menyertai jihad yang dilancarkan oleh Sultan Solah al-Din al-Ayyubi bagi membebaskan Bait al-Maqdis dari tangan Solibiyyin.

Kandungan kitab ini membawa pembaca menerokai keunggulan dan kemuliaan tanah suci Bait al-Maqdis yang sejak sekian lama telah diceroboh oleh kuffar.

Justeru, wajarlah umat Islam pada hari ini mengetahui keistimewaan dan kepentingan Bait al-Maqdis bagi menyemarakkan semangat juang dan cinta kita terhadap salah satu tanah suci umat Islam yang merupakan syiar Allah ini.