Kit Pemula Ulum Hadith

  • Sale
  • Regular price $18.00
Tax included.


Kit Pemula Ulum Hadith ini merupakan kompilasi bagi tiga karya asas dan utama lagi malar segar bagi bidang Ulum Hadith.

Karya pertama; al-Manzhumah al-Bayquniyyah karya Umar bin Muhammad al-Bayquni ditulis dalam bentuk syair sebanyak 34 bait dengan tujuan untuk memudahkan para penuntut ilmu menghafalnya. Karya ini menyatakan sebanyak 34 istilah hadīth berserta definisi masing-masing.

Karya kedua; Nukhbah al-Fikar fi Mustalah Ahl al-Athar karya Amir al-Mu'minīn fi al-Hadith al-Hafizh Ibn Hajar al-'Asqalani. Matan ilmu ini merupakan teks yang paling diterima para ulama kerana kandungannya ringkas dan padat mencakupi segenap aspek dalam bidang ini, justeru ia sesuai digunakan penuntut ilmu daripada setiap peringkat sama ada sebagai asas ataupun bahan ulang kaji.

Karya ketiga; Nasihah Ahl al-Hadith karya al-Khatib al-Baghdadi. Ia mengandungi nasihat buat para penuntut ilmu terutamanya dalam bidang hadith ini sendiri. Selaku salah seorang tokoh utama dalam bidang ini, nasihat beliau pastinya kekal relevan kerana mengambil kira pengalaman dan cabaran yang ditempuhi beliau.