Kandungan buku ini adalah berkaitan syarahan matan-matan Syair Burdah Al-Bushiri pada bab III yakni bab Kepujian Kepada Rasulullah ﷺ.
30 matan burdah bab Ill diterjemahkan secara harfiah (mengikut kaedah nahu saraf), kemudian disusuli pula dengan terjemahan kefahaman dan syarahan. Penerangan uslub balaghah juga dicatatkan sedikit sebagai dorongan kepada para pembaca bagi membangkitkan rasa kecintaan untuk mempelajari Bahasa Arab.
Sudah jelas, matan Burdah Al-Bushiri yang masyhur sebagai ungkapan-ungkapan memuji Rasulullah ﷺ dibacakan dan dilagukan dalam pelbagai irama dendangan. lanya terbahagi kepada banyak bab dan penuh dengan sentuhan sastera yang mampu menyuburkan jiwa yang ketandusan.