Madu Kelulut

  • Sale
  • Regular price $25.00
Tax included.


Madu kelulut tidak sepanas madu lebah. Saranan untuk minum madu kelulut:
- Minum satu sudu besar pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
- Anda juga boleh campur madu ke dalam segelas air untuk diminum.
- Madu kelulut pula boleh diminum sebelum makan atau selepas makan.
- Amalkan setiap hari secara berterusan.

1. Menurunkan kandungan gula dan merawat kencing manis. Madu kelulut memiliki bahan yang dikenali sebagai antidiabetes. Oleh itu, pengambilan madu ini mampu untuk menurunkan kandungan gula yang berlebihan dalam darah.

2. Pemangkin dan membantu untuk menyembuhkan luka. Antara faktor yang mempromosikan proses kesembuhan luka adalah nutrisi, penjagaan luka, kesihatan am dan banyak faktor lain. Madu kelulut membantu dengan mengurangkan keradangan, menghalang jangkitan dan juga menggalakkan pembaharuan tisu serta sel.

3. Rawatan masalah mata. Kajian terperinci berkenaan dengan penemuan ini sedang giat dilakukan. Selain itu, madu kelulut mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria.

4. Merangsang kesuburan. Madu kelulut memberikan impak serta kesan baik kepada hormon kesuburan. Hal ini secara tidak langsung membantu pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat. Pengambilan madu bukanlah rawatan hakiki kepada semua masalah kesuburan, ia hanya membantu dari segi hormon kesuburan dan hanyalah sebagai makanan tambahan.

5. Berupaya menghalang/mengurangkan pembentukan sel kanser. Hal ini kerana ia boleh meningkatkan status antioksida dalam badan yang merupakan penghalang kepada pembentukan kanser.