Kitab Cara Mudah Memahami Syarah Ibni Aqil

  • Sale
  • Regular price $14.00
Tax included.


Antara masalah utama orang Melayu belajar Nahu Arab ialah tidak faham apa yang ditulis dalam buku. Ini kerana pelajar kita terpaksa belajar 2 perkara dalam 1 masa:
1. Belajar kosa kata Arab
2. Belajar tatabahasa Arab

Oleh itu, Kitab Cara Mudah Memahami Syarah Ibni Aqil T4 disusun dalam Bahasa Melayu untuk menghilangkan antara penghalang terbesar belajar Nahu Arab.

Pengalaman penulis belajar Syarah Ibni Aqil dalam Bahasa Arab sememangnya menyeronokkan disebabkan penulis sudah mampu memahami kalam Arab ketika itu.

Namun berbeza halnya buat para pelajar kita yang kurang kosa kata serta jarang bergelumang dengan kalam Arab, mereka memerlukan pertolongan dari sudut terjemahan bahasa Arab ke Melayu.

Penggunaan Kitab Cara Mudah Memahami Syarah Ibni Aqil T4 semasa sesi P&P dalam kelas akan membantu pelajar kita memahami tatabahasa Arab dengan lebih mudah.