Kiai Ahmad Zuhri Mutammim

  • Sale
  • Regular price $25.00
Tax included.



Ilmiawan, Pemikir Progresif dan Sumber Inspirasi


Kiai Ahmad Zuhri Mutammim merupakan seorang alim disegani yang memainkan peranan penting dalam landskap pendidikan Islam di Singapura dari 1930-an hingga 1980-an. Beliau telah dianugerahi Tokoh Ilmiawan Muis (1979) sebagai pengiktirafan negara kepada khidmat baktinya. Selepas 35 tahun, satu lagi pengiktirafan tertinggi telah diberi dengan pengisytiharan menamakan semula Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.

Alim dan Pakar Falak ini adalah antara pengasas pada tertubuhnya Maahad Al-Irsyad di Kampung Quarry, Bukit Timah (1947), Sekolah Ugama Radin Mas - SURM (1956), dan Persatuan Guru-Guru Agama Islam Singapura - Pergas (1957). Kemahiran ilmu pengetahuan, dedikasi dan juga ketegasannya sebagai ahli Majlis Fatwa MUIS menjadikan beliau dihormati oleh teman seperjuangannya.

Jejak dan pendekatan dakwahnya menyebar tarbiyah Islam secaa berhikmah kepada setiap golongan lapisan masyarakat tidakhanya terhad keserata pelook tanah besar Singapura, bahkan ke beberapa pulau-pulau sekitaran. Beliau disegani sebagai penulis dan penterjemah kitab-kitab agama serta pakar rujuk berkaliber kerana sentiasa membantu memberi penerangan dan nasihat juga berkongsi ilmu dan pengalaman.

Semoga sumbangan bakti dan semangat dedikasi beliau dapat menjadi sumber inspirasi kepada asatizah kini dan akan datang.