Masa Aset Paling Berharga Dalam Kehidupan Manusia

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Masa merupakan satu perkara paling bernilai kurniaan Allah. Betapa untungnya seseorang itu sekiranya masanya dapat diisi dengan zikrullah dan perkara ketaatan yang lain. Dan alangkah malangnya seseorang itu apabila masanya berlalu pada perkara yang tidak bermanfaat, apatah lagi pada perkara yang haram dan berbentuk maksiat kepada Allah.

Disebabkan bernilainya masa, maka Allah bersumpah di dalam Surah al-'Asr, ayat pertama dengan firmanNya yang bermaksud, "Demi Masa!"

Rasulullah SAW juga bersabda tentang nikmat masa lapang untuk direbut dengan perkara yang berbentuk ketaatan, "Waktu lapangmu sebelum tiba waktu sibukmu."

Kitab yang dikarang oleh al-Habib Muhammad Bin 'Alawi al-Aydrus atau lebih dikenali dengan Habib Sa'ad al-Aydrus ini, walaupun ringkas tetapi mengandungi mutiara yang amat bernilai dan besar faedahnya bagi menyedarkan kita akan nilai masa.