Al-Qur'an: Tafsir & Tadabbur

  • Sale
  • $55.00
  • Regular price $65.00
Tax included.


Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur'an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur'an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur'an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang 'Ulum Al-Qur'an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.

Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:
- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an
- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar
- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan 'Ulum Al-Qur'an
- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur'an