Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

  • Sale
  • $15.00
  • Regular price
Tax included.


Kitab Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini membicarakan ilmu Sifat 20 dalam bahasa yang mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Demi menjaga akidah di zaman yang mencabar ini, masyarakat perlu didedahkan kepada pengajian ilmu sifat 20 sebagai benteng untuk mempertahankan iman & Islam pada akhir zaman ini.

Antara keistimewaan kitab ini:
- Penggunaan bahasa yang bersifat kotemporari dan selari dengan bahasa moden yang mudah difahami
- Disemak dan ditaqriz oleh beberapa ulama
- Dikarang oleh tuan guru 20 tahun dahulu dengan tulisan tangan dan telah tersebar luas di Negeri Sembilan serta digunakan oleh para asatizah untuk kelas-kelas pemantapan akidah
- Didaurahkan beberapa kali di masjid, surau, universiti, kolej
- Mendapat sambutan positif daripada ahli ilmu & pelajar jurusan akidah

Carta Ringkasan Akidah ASWJ menerangkan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terkandung di bawah makna dua kalimah syahadah bertujuan memberi masyarakat mudah memahami intipati akidah itu.

Pada mulanya carta ini hanya dilukis di sehelai kertas mahjong yang panjang dengan hanya menggunakan pen marker yang menjadi rujukan para pelajar Pondok Tampin. Alhamdulilah, akhirnya lahirnya carta yang berbentuk lebih ekslusif dan mudah untuk dibawa serta dihafaz. Carta ini sangat bermanfaat bagi para penuntut ilmu yang ingin memahami simpulan akidah dengan lebih mudah.