Pintu syurga yang seluas 40 tahun perjalanan itu dibuka. Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan. Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan.
Kitab ini menceritakan nikmat dan keindahan syurga yang disebutkan dalam al-Quran dan juga hadis seperti bidadari, sungai-sungai, istana dan binaan, makanan dan lain-lain lagi. Semua itu diceritakan kepada kita sebagai suatu motivasi untuk kita lebih kuat berusaha menjadi ahli syurga.