133 Hadis Fadhilat Surah, Ayat & Membaca Al-Qur'an

  • Sale
  • Regular price $14.00
Tax included.


Al-Qur'an adalah kitab suci umat Islam yang juga merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kemuliaan dan kelebihan Al-Qur'an dan setiap isi kandungannya disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis.

Naskhah ini mengumpulkan 133 hadis yang menyebutkan kelebihan Al-Qur'an, ayat dan surah tertentu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita bagi mendapat pelbagai manfaat di dunia dan akhirat.

Antaranya:
- Membaca Al-Qur'an akan mendapat pahala berganda sama ada pembaca itu sudah mahir atau baru belajar.
- Mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat.
- Surah Al-Fatihah boleh dibaca sebagai wasilah untuk menyembuhkan sengatan binatang berbisa.
- Sekali bacaan surah Az-Zalzalah, pahalanya menyamai pahala membaca setengah Al-Qur’an.
- Membaca surah Al-Kafirun untuk menjauhkan diri daripada syirik.
- Membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas solat fardhu akan dapat masuk syurga.
- Menghafaz 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahf akan terselamat daripada fitnah dajjal.