40 Hadis Bacaan Ringan Besar Ganjaran

  • Sale
  • Regular price $8.00
Tax included.


Beribadah dalam Islam tidak hanya terhad kepada yang berbentuk perbuatan atau memerlukan belanja. Malah dengan hanya menggerakkan bibir untuk berzikir sudah sangat disukai Allah Ta'ala.

Meskipun ia dianggap mudah dan ringan namun pahala dan ganjaran yang dijanjikan berlipat kali ganda seperti tasbih yang dibaca 100 kali sehari akan menghapuskan segala dosa walau sebanyak mana pun.

Lebih 40 hadis dalam buku ini menerangkan pelbagai bacaan dan zikir serta ganjaran-ganjaran yang disediakan untuk mereka yang ikhlas dan konsisten mengamalkannya.

Mudah-mudahan dengan membaca hadis-hadis ini akan lebih memotivasikan kita untuk sentiasa membasahkan lidah dengan zikir dan mengingati Allah.