40 Hadis Mengundang Keampunan Dari Maha Pengampun

  • Sale
  • Regular price $8.00
Tax included.


Jika diamati kitab ini, dan kita inginkan jawapan yang pasti, segala kejanggalan yang berlaku dalam kehidupan kita; musibah, tentangan, masalah, cabaran dan penyakit, adalah disebabkan dengan kesalahan, kesilapan dan dosa di saat kita lalai dari melakukan kewajipan, dan juga kita melaksanakan perkara-perkara yang dilarang.

Inilah punca utama yang mengundang bala dan malapetaka dalam kehidupan seseorang. Maka tidak ada ysng mampu mengelakkan diri daripada bala bencana, malapetaka, penyakit dan masalah melainkan dengan maghfirah Allah SWT. Apabila seseorang itu bersih daripada dosa dan kesilapan, maka tidak akan dijangkiti dari sebarang gangguan, tidak akan tercabar dengan ancaman, dan tidak akan tergugat dengan hal-hal negatif.

Dari sinilah kita sentiasa beristighfar dan memohon keampunan, rahmat dan redha Allah SWT.