Mendidik dan melatih anak agar dia terbiasa dengan perkara yang baik adalah perkara yang paling utama bagi ibu bapa; kerana anak adalah amanah. Hatinya suci bersih umpama bahan galian yang bernilai yang belum dibentuk dan diukir. Ia boleh menerima apa sahaja rupa dan ukiran yang diinginkan oleh tanganmu.
Jika anak diajar perkara yang baik, dibiasakan dengannya, dan akhirnya tumbuh membesar dengan kebaikan tersebut; maka anak akan bahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan guru yang mendidik adab dan perangainya akan mendapat ganjaran.
Namun jika dibiasakan anak dengan akhlak yang buruk, membiarkannya melakukan apa-apa sahaja sesuai dengan keinginannya, seperti haiwan liar yang dibiarkan melakukan apa sahaja yang ia inginkan; maka anak itu akan sengsara dan binasa. Ibu bapa dan gurunya juga akan menanggung dosa anak tersebut kerana kelalaian mereka dalam mendidiknya.