Alamat Qiamat

  • Sale
  • Regular price $30.00
Tax included.



Kitab AL-DURRATU AL-NAFI'ATU FI ASYRATI AL-SA'AH merupakan karya al-'Allamah Tuan Guru al-Syeikh Uthman Jalaluddin yang merupakan ulama terbilang di Semenanjung Tanah Melayu sekitar awal abad ke-20. Beliau merupakan Mudir di Madrasah Manaba' al-'Ulum di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kitab ini dikarang dalam Bahasa Melayu-Jawi yang khusus membicarakan tentang perkara-perkara berkaitan tanda-tanda hampir qiamat secara terperinci. Antara rujukan yang digunakan dalam menulis kitab ini adalah sebuah kitab manuskrip tulisan Arab yang berjudul Al-Isya'atu Li Asyrati al-Sa'ah oleh Sayyid Muhammad bin Abdul Rasul al-Hussain al-Barzanji.

Kitab ini dipecahkan kepada tiga jilid yang merangkumi tiga tajuk besar mengenai:
1. Alamat-alamat qiamat yang telah berlaku seperti alamat-alamat qiamat awal dan alamat-alamat pertengahan iaitu alamat-alamat yang sedang berlaku,
2. Kebinasaan bagi ilmu pengetahuan dan alamat-alamat berkenaan ulama akhirat,
3. Alamat-alamat yang hampir qiamat dan tanda-tanda mengenai Imam Mahdi.