Allah Atau Manusia

  • Sale
  • Regular price $12.00
Tax included.


Buku ini menyentuh pelbagai isu utama yang memperlihatkan bahawa Islam sejak awal lagi telah mengangkat kedaulatan dan martabat manusia dalam segenap aspek. Dimensi keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam Islam ketika Syariat Islam dijunjung tinggi ditonjolkan di samping perbandingan sepintas lalu dengan rekod pencapaian tamadun moden Barat dalam perkara-perkara yang sama.

Dalam helaian-helaian yang terbatas ini, kita dipaparkan bagaimana Syariat Islam memelihara dan menjamin aspek-aspek yang diambil berat oleh orang-orang zaman sekarang seperti perundangan, ekonomi, politik dan sosial yang berkaitan dengan hak-hak yang dinikmati oleh manusia seluruhnya.