Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman

  • Sale
  • Regular price $15.00
Tax included.


Kitab karangan Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah al-Fatani rahimahullah ini merupakan kitab aqidah Islamiyyah yang sangat masyhur pada zaman sebelum ini. Ia dibaca dan dipelajari di sekolah-sekolah pondok yang menjadi pusat pengajian Islam yang tidak asing pada masa itu di seluruh tanah air. Kitab ini masih lagi diminati masyarakat Islam yang cintakan ilmu kerana kandungannya yang bernilai dan jarang didapati dalam kitab-kitab lain yang berbahasa Melayu. Namun begitu, bahasa yang digunakan pengarang adalah bahasa Melayu klasik yang sukar difahami generasi sekarang lantaran penulisannya sudah mencapai ratusan tahun. Pentahkik telah memperbaiki dan mengolahkan semula bahasa kitab ini sesuai dengan penggunaan semasa dan berharap generasi masa kini dapat menimba ilmu yang terdapat padanya.