Haid, Istihadah & Nifas

  • Sale
  • Regular price $15.00
Tax included.


Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda perempuan masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu haid dan apabila tempohnya terlebih sedikit maka ianya dikatakan istihadah, padahal perkara tersebut kadang-kadang adalah sebaliknya.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan perempuan berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tidak senonoh, seolah-olah tidak sesuai untuk diperbincangkan.

Tambahan pula, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya mengenai masalah haid kerana khuatir bahawa masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya.