Bahtsul Masail sebagai salah satu forum perbincangan adalah amat diharapkan dapat berkembang pesat dan dijadikan budaya di setiap institusi pendidikan agama. Ini kerana, selain mampu merangsang minat membaca dan menelaah di kalangan pelajar, bahtsul masail juga merupakan sarana dan wahana dalam menghasilkan pemahaman yang tepat terhadap teks kitab turots seterusnya mengembangkan visi para pelajar terhadap warisan ulama silam tersebut. Sehingga diharapkan di masa hadapan akan lahir kader-kader fuqaha yang bukan hanya mampan dalam keilmuan, bahkan mampu menyelesaikan persoalan umat secara lebih arif dan matang.