Hayatus Sahabah 1: 20 Kisah Sahabat

  • Sale
  • Regular price $14.00
Tax included.


Dalam Islam, terdapat 3 syarat utama untuk seseorang itu digelar Sahabat Rasulullah SAW. Mereka mestilah sempat hidup sezaman dengan Rasulullah SAW serta sempat bersua muka atau mendengar suara Baginda. Keduanya, mereka mestilah beriman dan ketiga, mereka kekal dalam agama Islam sehingga meninggal dunia. Jumlah mereka tidak dapat dikenal pasti secara tepat.

Namun kisah kehebatan dan jasa bakti mereka sentiasa diulang-ulang dan terakam kemas dalam bentuk kitab khususnya.

20 orang Sahabat yang diabadikan kisah mereka dalam kitab ini adalah antara Sahabat yang mewakafkan hidup mereka demi menegakkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW.

Antaranya:
- 'Umair Ibnu Wahb
- Tsumamah bin Utsal
- 'Amru bin al-Jamuh
- Majza'ah bin Tsaur as-Sadusi
- Usaid bin Hudhair, dan ramai lagi