Huraian Dan Syarah Aqidah Ahli Sunnah Di Sisi Al-Imam Al-Nawawi

  • Sale
  • Regular price $20.00
Tax included.


Karya ini merupakan karya pertama dalam bahasa Melayu yang menjelmakan kerangka umum aqidah ahli sunnah menurut Imam al-Nawawi.

Penulis cuba menggali khazanah keilmuan Imam al-Nawawi dari dua karya beliau yang telah dinyatakan tersebut dalam usahanya menggambarkan pendirian Imam al-Nawawi dalam ilmu aqidah. Seterusnya penulis bukan sahaja sekadar menyenaraikan dapatan yang diperoleh malah mengolah semula gambaran umum tersebut dan memberi sentuhan baharu menjadikan karyanya lebih bermakna dan bermanfaat.

Kitab ini memuatkan juga sedikit latar belakang Imam al-Nawawi untuk kita menelusuri hal-hal dan suasana yang melatari dan pengaruh dalam pembinaan manhaj dan pemikiran keilmuannya.

Risalah ini juga amat sesuai dijadikan sebagai pengajian umum kepada masyarakat awam sebagai gambaran awal pandangan aqidah ahli sunnah wal jamaah yang amat bersepadu dengan manhaj pembelajaran aqidah ahli sunnah di bumi Nusantara ini.