Ibadah Dalam Tempoh PKP

  • Sale
  • Regular price $7.00
Tax included.


Menunaikan ibadah adalah kewajipan setiap Muslim walau berada di mana. Covid-19 yang menyerang manusia tanpa mengira usia, jantina mahupun status telah menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah seperti biasa.

Para ulama dan pihak berautoriti telah membuat perbincangan dan mengeluarkan garis panduan ibadah untuk umat Islam demi menjaga dan melindungi umat Islam daripada bahaya penyakit Covid-19.

Buku ini menghuraikan kaifiat dan tatacara melaksanakan ibadah yang melibatkan perkumpulan umat Islam di tempat awam, seperti:
- Solat Zuhur menggantikan solat Jumaat
- Hukum solat berjemaah dengan penjarakan dalam saf
- Hukum memakai pelitup muka semasa solat
- Penggiliran jemaah hadir solat Jumaat
- Kelas pengajian agama dalam talian
- Tidak bersalaman selepas solat
- Kematian dalam tempoh PKP

* PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), atau dalam bahasa Inggeris, MCO (Movement Control Order), lebih kurang seperti CB (Circuit Breaker) atau Pemutus Litar di Singapura.