Keajaiban Cinta Rasul

  • Sale
  • $12.00
  • Regular price $14.00
Tax included.


Rauf dan Rahim adalah nama-nama Allah yang mulia. Dan apabila ia dinisbahkan kepada insan ciptaan-Nya sendiri (Nabi Muhammad SAW), maka insan itu akan dimuliakan. Bagi umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi Sahabatnya juga dimuliakan kerana mencintainya dengan ikhlas. Sehinggakan jika mereka masuk syurga sekalipun, ia tidak dapat memberikan apa-apa manfaat buat mereka jika mereka tidak dapat bersama Baginda SAW di syurga kelak.

Semakin tinggi kecintaan para Sahabat kepada Rasulullah SAW maka masuk syurga dengan kenikmatan yang pelbagai, bukan lagi menjadi impian dan harapan buat mereka. Apa yang mereka inginkan ialah bersama Baginda SAW di syurga kelak.

Dengan terbitnya buku ini adalah diharapkan bertambahnya cinta kita terhadap Baginda SAW sebagai rahmat seluruh alam.