Sheikh Ali Jum'ah dalam bukunya ini merumuskan empat model bagi Muslim untuk hidup secara aman bersama masyarakat bukan Muslim yang lain, atau dengan kata lain untuk hidup dalam satu masyarakat majmuk yang antara sifat kemajmukannya ialah kepelbagaian agama. [Muhammad Haniff Hassan, Penterjemah]
Tujuan dari buku ini ditulis sisi Sheikh Ali Jum' ah ialah untuk menyorot dan menegaskan sifat Islam sebagai agama yang berteraskan perdamaian dan keamanan, khususnya dalam berhubungan dengan masvarakat bukan Muslim berdasarkan contoh-contoh yang ditunjukkan Nabi SAW dalam sirah kehidupannya.
Tujuan lain ialah:
- Menunjuk keupayaan warisan ilmu Islam untuk menawarkan asas keagamaan bagi Muslim untuk hidup secara harmoni serta beriltizam dengan ajaran Islam dalam satu masyarakat majmuk, tidak kira samada Muslim dalam kedudukan sebagat majoriti atau minoriti dalam masyarakat itu.
- Membimbing Muslim masa kini dan akan datang untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kehidupan dalam masyarakat majmuk.
- Menunaikan tanggungjawab peribadi sebagai seorang agamawan untuk meneruskan dan membangkitkan semula semangat ijtihad di kalangan ulama bagi menghuraikan masalah semasa yang berkaitan dengan Muslim dan Islam.