Khuluquna (Akhlak Kami)

  • Sale
  • Regular price $7.00
Tax included.


Kota Mekah menjadi saksi terhadap kewibawaan Baginda SAW mendepani cabaran manusia tanpa tamadun. Tidak menghairankan kuasa kuasa besar dunia pada ketika itu tidak menunjukkan minat untuk menakluki kota Mekah. Dengan akhlak tinggi Baginda SAW, berubahlah penghuni kota tanpa tamadun kepada manusia sebaik-baik generasi sehingga menjadi harum namanya dengan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Bermula dengan menyentuh soal perhubungan seorang hamba dengan Tuhannya yang menjadi nadi kepada ruh tindak-tanduk manusia. Lalu dihuraikan dengan perbincangan mengenai perhubungan sesama insan dan diikuti dengan penumpuan peningkatan jati diri ke arah menjadi hamba Allah yang sempurna di dunia dan akhirat.