Krisis Dan Pertembungan Akidah

  • Sale
  • Regular price $14.00
Tax included.


Pertembungan ini telah disinggung sejak sekian lama oleh para Ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah.

Antaranya ialah Imam Izz al-Din bin Abd Al-Salam (m. 1262M), beliau telah memberi peringatan bahawa ada kelompok yang berselindung disebalik mazhab Salaf padahal mereka adalah sebenarnya ahli bid'ah. Mereka menisbahkan diri mereka kepada Imam Ahmad bin Hanbal padahal mereka menyalahinya. Imam Ahmad bin Hanbal, murid-murid utamanya dan seluruh Salaf tiada kaitan dengan mereka (Tabaqat al-Shafi'iyyah al-Kubra li Ibni al-Subki)

Imam Ibnu Shahin (m. 995M) pernah berkata, "Dua orang soleh yang diuji dengan para pengikut yang buruk ialah Imam Ja'far al-Sadiq dan Imam Ahmad bin Hanbal.".(Tabyin Kadhib al-Muftari Li Ibni Asakir)

Maksudnya, Imam Ja'far al-Sadiq dengan sebahagian
pengikutnya yang menjadi Syiah Rafidhah dan Imam
Ahmad bin Hanbal dengan sebahagian pengikutnya yang
menjadi mujassimah.