Mahabbah Rasulillah ﷺ

  • Sale
  • Regular price $24.00
Tax included.


Buku ini sangat penting dimiliki oleh seluruh umat Rasulullah ﷺ, terutamanya bagi generasi mutakhir ini yang semakin 'memulaukan' Rasulullah ﷺ hatta ketika Nabi ﷺ direndahkan hak kedudukannya, hati umat tidak tersentuh untuk membela dan mempertahankan Baginda ﷺ.

Imam as-Subki berkata: "Saya tidak mempunyai kekuatan untuk membalas perbuatan orang yang mencaci Nabi ﷺ dengan tangan ini. Namun, Allah Maha Mengetahui bahawa hati saya amat membenci, dan mengingkari dengan hati sahaja tidak mencukupi. Maka saya bermujahadah melakukan apa yang terdaya dengan lidah dan pena. Saya memohon keampunan Allah agar tidak membalas kekurangan yang dilakukan saya ini. Semoga Allah menyelamatkan orang-orang yang mencegah kemungkaran. Sesungguhnya Dia Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."