Mak Cik Bawang Positif

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Mengapa mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh memilih untuk terus menjadi Mak Cik Bawang Positif? Mengutarakan sesuatu yang baik, dengan cara yang baik. Tidak perlu sinis, tidak perlu kasar menegur manusia, tidak perlu mengutuk sesiapa.

Buku ini digarap berdasarkan situasi-situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Merungkai peristiwa dari sudut pandang yang positif dan teguh meyakini bahawa setiap kejadian yang berlaku bukan ‘saja-saja’ ditakdirkan oleh Allah SWT. Semuanya ada ibrah. Segalanya ada hikmah. Lebih elok kita kutip hal-hal yang baik daripada ‘membawang’ menceritakan aib.

Berkongsilah kebaikan dengan cara yang tidak melukakan. Betulkan kesilapan dengan cara yang betul. Betulkan orang lain dengan adab dan akhlak sendiri.