Mereka Yang Harum Di Langit

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Harta rampasan yang berada di hadapan Saiyidina Umar RA terlalu banyak dan sangat bernilai. Selain daripda harta peribadi milik Raja Parsi, tentera Islam juga membawa jongkong emas serta peralatan perang. Kemudian Saiyidina Umar RA memandang raut wajah setiap sahabat lalu berkata, "Sesungguhnya kaum yang membawa harta rampasan ini sehingga ke sini adalah seorang yang benar-benar amanah."

Saiyidina Ali RA pula berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kamulah orang yang paling zuhud dan paling amanah. Sekiranya ketua kami bersikap sedemikian, maka kami semua akan mengikut sikap kamu wahai Amirul Mukminin. Tetapi jika kamu mengambil harta sesuka hatimu, maka kamu lihatlah sendiri kehancuran kaummu nanti."

Ini sebahagian sahaja daripada kisah-kisah dalam buku ini. Menariknya, buku ini bukan berkenaan Saiyidina Umar RA ataupun Saiyidina Ali RA, mahupun Saiyidina Abu Bakar RA. Buku ini adalah tentang 7 sahabat lain yang nama mereka tidak masyhur. Tidak masyhur di bumi, namun nama mereka harum semerbak di langit.