Kitab ini merupakan sebuah karya pengenalan dan penting dalam mempelajari Ilmu Hadith. Ia dapat diibaratkan sebagai pintu utama sebelum mempelajari ilmu hadith yang lebih tinggi, kerana amatlah sukar bagi sesiapa yang menuntut ilmu hadith tanpa mengenal dan memahami terlebih dahulu istilah-istilah utama dalam disiplin tersebut. Setelah mempelajari karya ini, barulah para penuntut dibenarkan untuk belajar hadith ke peringkat seterusnya.