Mukhtarul Hadith

  • Sale
  • Regular price $20.00
Tax included.


Kitab Mukhtarul Hadith ini adalah susunan al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, seorang ulama Hadhramaut, Yaman. Di dalam kitab ini terkandung 59 hadith yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan seorang Muslim. Ia dipilih daripada 6 buah kitab hadith yang masyhur iaitu Jami' Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibnu Majah dan kitab-kitab yang lain. Kesemua hadith-hadith yang dipilih amat mudah untuk difahami dan lafaz matannya tidak terlalu panjang, sesuai untuk para pelajar peringkat permulaan untuk mula mengenali atau menghafaz hadith. Uniknya, hadith-hadith tersebut telah disusun mengikut huruf hijaiyah bagi memudahkan ia dihafal.

Kami terbitkan kitab ini dengan terjemahan oleh al Fadil Ustaz Mohd Ashraff Mohamed Osman dan syarahan ringkas bersama takhrij hadith yang telah disediakan oleh al Fadil Ustaz Muhammad Nasrullah Nadzri. Kami tambah di bahagian belakang kitab ini matan beserta syarahan bahasa arab dari kitab Tuhfatun Nazirin.