Nasihat Untuk Setiap Wanita Yang Beriman

  • Sale
  • Regular price $17.00
Tax included.


Wanita beriman dan solehah ialah wanita yang meyakini akan kewujudan Tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya pada Zat dan Sifat; wanita yang meyakini bahawa hanya Allah yang berkuasa untuk memberi manfaat dan memberi mudarat.

Di dalam karya ini, yang ditujukan khas buat para wanita yang beriman kepada Allah SWT, asy-Syahid Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti cuba memberikan mutiara nasihat dan panduan yang begitu berharga dan bernilai kepada para wanita yang beriman dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang wanita yang beriman dan solehah berdasarkan panduan Rabbani mengikut acuan Islam yang sebenar.