Polemik Salafi-Wahabi

  • Sale
  • Regular price $25.00
Tax included.


Sesuai dengan temanya, buku ini membahas kontroversi dan polemik antara golongan penyokong dan penentang Salafi-Wahabi. Ramai yang bercakap dan menulis persoalan ini, tetapi selalunya mereka bukannya meredakan konflik yang ada, sebaliknya memburukkan lagi konflik tersebut melalui sikap mereka yang berpihak kepada golongan tertentu dan menyerang golongan lain secara ekstrim (ghuluw).

Selagi sikap ekstrim dan fanatik menguasai diri, tidak mungkin sebarang penyelesaian dapat dicapai. Ini kerana sikap ini bertolak daripada premis dikotomi hitam-putih seumpama ucapan “Aku betul, engkau sesat.” Walaupun premis eksklusif yang tegas seperti ini sangat penting dalam persoalan Qat'iyyah-Thawabit atau jelas dan kekal hukumnya seumpama bidang Usul Aqidah dan Ibadah, tetapi dalam ruang Zhanniyat-Mutaghayyirat atau tidak jelas dan berubah hukumnya seperti dalam isu furu' Ibadah dan Syari’ah, amat malang sekali jika kita masih keras dan garang.