Erth Ul Mustafa (EMO) sangat berbesar hati dapat menyampaikan sebuah karya agung yang telah diusahakan oleh pasukan kami selama setahun.
Setiap halaman, rancangan, pemikiran dan perincian telah dilaksanakan dengan penuh penghormatan, keagungan, rasa cinta dan kerinduan kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Kami menyiapkannya dengan usaha sendiri bermula dari reka bentuk, penulisan, penterjemahan (Bahasa Melayu) dan juga transliterasi.
Setinggi penghargaan kepada Ustadh Mostafa Azzam dari Kanada, yang dengan murah hatinya mengizinkan kami menyertakan terjemahan bahasa Inggeris beliau ke dalam buku ini dan juga memberikan kami sepatah dua nasihat berserta barakahnya.
Dari segi fizikal, halaman hadapan buku ini menggunakan kulit yang keras dilengkapi dengan UV Spot, dicetak di kertas art paper. Warna yang digunakan untuk mencetak surat-surat pada halaman buku ini menggunakan antara warna kegemaran Nabi Muhammad ﷺ iaitu hijau serta lembaran emas yang dicat di sisi halaman buku.
Kami memohon semoga Allāh memberkati karya ini dan sesiapa sahaja yang membacanya. InsyāAllah.