Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

  • Sale
  • Regular price $24.00
Tax included.


Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah, kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Beliau lahir dalam keluarga miskin tegar. Mempunyai 21 adik-beradik seibu seayah. 5 daripadanya meninggal dunia sewaktu kecil. Mereka pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Kg. Tok Raja, Besut, Terengganu. Kemiskinan menjadikan mereka menghargai apa sahaja nikmat yang ada asalkan halal dan penuh keberkatan.

Selepas tamat persekolahan, beliau menjadi pengutip sampah. Itu sahaja pilihan pekerjaan yang ada. Air mata ibunya tumpah apabila melihat ulat-ulat sampah keluar menggelitik dari kocek baju dan kasut yang dipakai. Selepas itu, beliau menjadi kelindan lori dan diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Kemudian bermula sebagai ejen jualan tanah lot, beliau menubuhkan syarikat sendiri dan membeli hartanah pertama pada harga hampir RM300 ribu. Namun, kerana kurang pengalaman, hartanah yang dibeli tidak dapat dimajukan dan beliau hampir tersungkur. Setelah halangan dapat diatasi, beliau mengorak langkah dengan berhati-hati. Beliau dan syarikatnya menguasai hartanah di sekitar Terengganu dan Kelantan dengan pelbagai projek perumahan dan pembinaan yang bernilai ratusan hingga jutaan ringgit.